Punca di sebalik kejadian ini masih tidak diketahui, tetapi berdasarkan komen dari kenalan wanita berkenaan, mangsa dipercayai telah didera.
Wanita ini juga mendakwa dia bukan sahaja dihalang untuk berjumpa dengan anaknya semasa di hospital, malah dia juga dihalang oleh iparnya untuk menyentuh anaknya. Keadaan bertambah rumit apabila dia mengesyaki ada pihak lain yang campur tangan.
DUKACITA aku dapat anak dalam keadaan macam ni. Dapat tahu pun dari seseorang. Itu pun selepas enam hari anak aku dah lepas ICU pembedahan dekat kepala, ada darah beku. Sekarang, tempurung sebelah kanan dah tak ada. Apa motif kakak ipar dengan laki aku?
Memanglah yang lain tak ada kecederaan fizikal sebab ni libatkan dalaman tiba-tiba. Aku memang dari awal tak sedap hati sebab mereka sorok anak aku. Lepas tu semua family dia block nombor aku. Lost terus. Tiba-tiba orang beritahu anak aku dah terlantar di hospital.
Aku buat report, lepas tu kena tendang. Polis tu tak nak ambik kes. Dia buat kerja separuh jalan dan dia suruh aku follow inspektor kes pihak belah sana. Sudah tentulah diorang back up pihak sebelah sana. Aku memang tak puas hati.
Mula aku cari dekat pejabat member-member inspektor tu semua diorang cakap inspektor tu offday. Tiba-tiba bila dengar aku naik IPK, diorang terus on work pulak. Plot twist. Aku kat wad kena jaga anak sekarang. Lumpuh tangan dengan kaki kiri tak boleh gerak aktif. Mata rabun.
Sekarang, apa patut aku buat?
First dia buat report palsu. Selepas tu, apa motif buat report baru? Sebab semalam aku pergi pejabat IPD Larkin tu, aku tengok report dia baru. Apa perlu aku buat? Adakah aku patut ambik tindakan atau diam dan reda terima dengan hati yang terbuka?
Apa motif inspektor tak nak ambik kes aku? Kenapa dia kena offday dan tak layan aku? Dia suruh aku follow inspektor sebelah sana pulak? Apa motif?
Please help me! So, apa tindakan aku boleh tuntut untuk anak aku? Komen yang baik-baik, aku nak dengar nasihat baik-baik dari korang. Dilarang maki hamun. Kesulitan ini amat dikesali.
Sumber: Siti Noratikah Atika
Sumber : thereporter.my