Doogee Lancarkan S88 Pro Dengan Bateri 10,000mAh & Body Tahan Lasak


Mesti ramai yang taktahu sebenarnya memang ada smartphone yang tahan lasak tapi dah lama tak keluar ke pasaran Malaysia iaitu Doogee. Baru-baru ini, mereka umumkan satu smartphone terbaru mereka iaitu Doogee S88 Pro yang sememangnya tahan lasak serta mempunyai bateri yang sangat besar.


Doogee S88 Pro ini dilengkapi dengan sekrin sebesar 6.3 inci LCD Full FD. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada smartphone ini ialah MediaTek Helio P70 bersama memori sebesar 6GB RAM dan 128GB storage. Apa yang paling menariknya, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 10,000mAh gais yang dikatakan mampu bertahan sehingga 19 jam apabila menonton video. Bukan tu jer, ia juga didatangkan dengan 24W fast charging.

Kamera utamanya dilengkapi dengan tiga lensa iaitu 21 megapixel sensor utama + 8 megapixel  ultra wide+ 8 megapixel potrait dan untuk kamera hadapan pula hadir dengan 16 megapixel. Body smartphone ini memang tahan lasak dan telahpun diuji dengan hentakkan dari ketinggian 2 meter dan suhu sehingga 60 darjah gais!

Kredit: Doogee | GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone Doogee di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media