Dr Soo Wincci Teruja Bergabung Dengan Pemenang Latin Grammy, Hasilkan Lagu Baru


Dr Soo Wincci begitu teruja dapat berkongsi keterujaannya yang berpeluang untuk berkolaborasi dengan penerbit muzik yang juga pemenang Grammy Latin, iaitu John Gibbe dan Luca Ortega untuk menghasilkan lagu. Jelasnya kolaborasi ini mampu menjadi titik mula kepadanya untuk menembusi pasaran muzik latin.

Bercerita lebih lanjut, Soo Wincci mendedahkan bahawa John Gibbe pernah menjadi penyelianya sewaktu menuntut di Berkeley College of Music. Berpeluang bekerjasama dengan John dalam pembikinan lagu baru ini merupakan satu penghormatan besar pada dirinya.

Sumber gambar dari Harian Metro
Namun Soo Wincci berasa sedikit ralat kerana tidak dapat masuk ke studio di Sepanyol untuk bekerjasama terus dengan penerbit muzik terkenal berkenaan. Meskipun begitu, kemajuan teknologi tidak membataskan kerjasama antara Soo Wincci dengan John Gibbe dan Luca Ortega.

Lagu baru yang dihasilkan akan dipasarkan secara meluas di sekitar Asia Tenggara membabitkan muzik video yang akan dibuat oleh produksi dari United Kingdom. Dipetik dari Harian Metro, John pernah memenangi trofi Album Alternatif Terbaik menerusi album berjudul Hombre Invisible di Anugerah Grammy Latin 2010. Manakala, Luca sudah banyak kali tercalon dalam acara berprestij terbabit.



After Months of Secret Preparation, Announcing My Upcoming New Song Is Brewing In The Studio This Week With Latin Grammy Award Winner, My Sifu John Gibbe & Multiple Latin Grammy Nominated Producer & Song Arranger Luca Ortega. Will be updating you all from time to time. Try and guess what type of new songs we are working on? 经过很多个月的筹备,终于可以一步步公开,这个星期会正式进Studio和我的拉丁葛萊美的师傅 John Gibbe,還有頂級的製作人還有編曲家,Luca Ortega联手合作炮制我的全新单曲。猜猜看这次会是什么风格呢? Lepas beberapa bulan persiapan, bolehlah kemukakan kepada anda semua, minggu ini Wincci akan sibuk di dalam studio dengan Latin Grammy Award Winner, John Gibbe dan juga Producer international Luca Ortega untuk Lagu terbaru Wincci. Cuba Teka apakah genre kali ini? #latingrammy #SongProduction #MusicProduction #theinspiration #inspiration #myinspiration
A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

OHMEDIA: BUKAN BIASA-BIASA DR SOO WINCCI NI. TAHAP INTERNATIONAL. BERTAMBAH HARUMLAH NAMA MALAYSIA DIMATA DUNIA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Dr Soo Wincci teruja bergabung dengan pemenang Grammy Latin untuk hasilkan lagu baru di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media