Farah Nabilah Hamil 5 Bulan


Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pelakon jelita Farah Nabilah Saipuddin berusia 28 tahun dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus yang bakal menimang cahaya mata sulung. Syukur Alhamdulillah.

Menurut laporan Harian Metro, dia dapat tahu dirinya hamil ketika sehari sebelum mereka bertolak ke percutian bulan madu di Maldives pada bulan Mac yang lalu. Kalau korang nak tahu, Farah dijangka akan bersalin pada akhir Oktober depan.

Alhamdulillah, minggu depan genap lima bulan usia kehamilan. Saya mula dapat tahu hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives pada 9 Mac lalu. Namun, tak sangka rezeki datang secepat ini. Kami berdua sangat gembira dan teruja untuk menunggu anak pertama ini lahir. Insya-Allah, jika mengikut jadual saya bakal bersalin pada akhir Oktober depan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan kandungan berada dalam keadaan selamat. Pada peringkat awal kehamilan saya langsung tak boleh tengok ayam. Padahal saya amat menyukai ayam sebelum ini. Setiap kali lihat ayam pasti rasa nak muntah. Namun syukur sekarang ini tiada alahan teruk dan keadaan saya juga baik-baik saja.

Farah Nabilah dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019 di Hotel Royale Chulan, Damansara. Apapun, Ohmedia doakan agar dipermudahkan segala urusan ketika bersalin nanti. Tak sabar nak tengok baby!

OHMEDIA: KORANG RASA BABY GIRL ATAU BABY BOY?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media