Fathia Latiff Kembali Bertudung


Pelakon Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Fathia Latiff berusia 33 tahun akhirnya kembali bertudung selepas setahun menanggalkannya. Syukur, Alhamdulillah! Menurut Fathia, keputusan itu telah dibuat sebelum bulan Ramadan lagi.

Walaubagaimanapun, pelakon drama Nur Kasih ini berkata dia sedia menerima kritikan daripada netizen kerana dia akan belajar dan terima apa yang diperkatakan untuk kebaikan. Bukan tu jer, mereka juga membuatkan Fathia banyak berubah walaupun kata-kata agak pedas tetapi ada juga betulnya.

Saya pasti akan ada kritikan dan saya tak boleh buat apa-apa. Tapi saya suka kritikan kerana apa yang diperkatakan itu ada betulnya. Saya akan belajar dan terima apa yang diperkatakan untuk kebaikan. Mereka yang buat saya banyak berubah. Walaupun kata-kata mereka agak 'laser' tapi ia ada betulnya. Benda-benda baik kenapa saya tak ikut. Kata ummi (ibu), sampai bila saya asyik nak pakai dan buka tudung. Kita kena ada pendirian dalam hidup. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pula buat saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan ada hikmahnya hingga saya buat keputusan ini.

Sebelum ini pun saya tercari-cari pendirian sendiri. Apabila selalu bergaul dengan keluarga seperti solat Tarawih bersama, sedikit demi sedikit hidayah kembali datang. Rasanya saya terlalu ego waktu buat keputusan tanggalkan tudung dulu. Tanpa tudung, perasaan saya tak tenteram dan aman. Sekarang saya keluar pun rasa lega. Saya juga pernah mengikuti kelas pembinaan jati diri di sebuah lokasi atas permintaan keluarga. Memang pembelajaran yang diterapkan agak 'azab' dan tak ubah seperti PKP. Saya tak terikut-ikut perangai macam dulu. Takkanlah pada usia begini nak terikut-ikut lagi. Saya juga sebenarnya tiada kawan rapat, tapi artis senior seperti Che Ta memang banyak bagi sokongan moral terhadap saya.

Saya sekarang terapkan prinsip sebagai orang Islam memang kena pakai tudung. Tak pakai tudung itu salah. Mesti kena faham itu dan saya akan kuatkan diri. Yang sebenarnya ketika jual tudung sebelum ini pun saya memang tak bertudung. Saya setuju perniagaan ini antara faktor yang buka hati saya kembali bertudung. Sampai bila nak macam dulu sahaja. Dulu saya terburu-buru buat keputusan tanggalkan tudung. Saya nak lawan benda yang betul. Saya akhirnya sedar saya wanita Islam, kena pakai tudung. Saya terfikir pada usia sekarang kenapa nak lawan cakap keluarga. Dulu lainlah kerana mungkin saya masih muda.

Seronok betul bila tengok ramai artis wanita sudah mula bertudung pada tahun ini. Apapun, Ohmedia doakan agar Fathia terus beristiqamah dan menjadi anak yang solehah ya? InsyaAllah, Amin. Doa yang baik-baik gais!

OHMEDIA: SEJUK HATI OHMEDIA TENGOK FATHIA BERTUDUNG.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media