Gamers Dunia Bengang Sony Tunda Pelancaran PlayStation 5 Disaat Akhir


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu pelancaran PS5 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung minggu ni kan? Semua orang tak sabar nak tengok design dan benda baru yang ditawarkan pada console gaming tersebut tapi lain pula jadinya.


Sony baru saja mengumumkan yang mereka akan menangguhkan pelancaran yang sepatutnya berlangsung pada 5 Jun (waktu tempatan) ini. Sony juga mengatakan yang mereka tahu ramai yang tertunggu-tunggu pelancaran ini berlangsung tetapi masih belum tiba masanya lagi.

Walaubagaimanapun, pengumuman yang dibuat Sony tidak disertakan tarikh baru untuk pelancaran PS5 tersebut dan mungkin akan diberitahu nanti. Mungkin ditunda disebabkan kes kematian George Floyd dan rusuhan di antara polis dan penduduk di USA. Kita pun taktahu dan hanya mampu tunggu jer gais.

BACA : Polis Miami Berlutut Sertai Protes Aman Untuk George Floyd


Bulan lepas, Sony hanya memperkenalkan controller terbaru mereka iaitu DS5 DualSense kepada umum dan mendapat perhatian ramai.

BACA : Sony Memperkenalkan Controller PS5 Dengan Beberapa Ciri Menarik.

Kredit: The Verge

+ Baca respon Sony tangguh pelancaran PS5 ni Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media