Hampir 10 Ribu Kes Setiap Hari, Doktor Di India Mengalami Keletihan


Dikala kes Covid-19 di negara kita telah berkurangan, India masih berjuang untuk mengekang virus tersebut yang telah mengakibatkan lebih 8,000 ribu mangsa terkorban. Hal ini menyebabkan doktor yang bertugas untuk pesakit Covid-19 mengalami keletihan kerana hampir 10,000 kes diterima setiap hari.


India yang mempunyai 1.3 billion penduduk telah mencatatkan 287,000 kes keseluruhan dan meletakkan mereka di tangga kelima kes Covid-19 tertinggi di dunia. Walaubagaimanapun, kerajaan India terpaksa melonggarkan perintah berkurung selepas 3 bulan melaksanakannya.


Selain itu, petugas perubatan di India juga sudah mula gelisah apabila virus tersebut meningkat dengan pantas dan kemungkinan angka bilangan kes di sana mampu untuk mencecah satu juta pada hujung bulan depan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan mental dan fizikal telah bersedia untuk menghadapinya.

OHMEDIA: SEMOGA KES COVID-19 DI NEGARA INDIA MAMPU DIKAWAL DENGAN BAIK

Kredit: Berita Harian 

+ Baca respon pembaca hampir 10 ribu kes setiap hari, doktor di India mengalami keletihan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media