HTC Lancarkan U20 5G, Smartphone Pertama 5G Mereka!


HTC baru jer melancarkan smartphone terbaru 5G mereka di Taiwan baru-baru ini iaitu HTC U20 5G. Lama betul HTC menghilang dan mungkin mereka nak buat comeback! Rasanya smartphone terakhir dari HTC yang Ohmedia pakai dulu adalah HTC One X. Itupun taktahu dekat mana phone Ohmedia simpan sebab sampai sekranag tak jumpa-jumpa dah, kah!


HTC U20 5G ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.7 inci LCD Full HD. Cip pemprosesan yang dikuasakan adalah Snapdragon 765G bersama memori sebsar 8GB RAM dan 256GB storage. Bateri yang dikuasakan pada smartphone ini adalah 5,000mAh bersama 18W fast charging menggunakan USB Type-C.


Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra wide + 2 megapixel kedalaman + 2 megapixel makro yang dikatakan menyokong rakaman video 4K 60 frame per second. Untuk kamera hadapan pula hadir dengan 32 megapixel.

Kredit: HTC | GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru HTC di facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media