Huawei Lancarkan P40 Pro+ Dengan Spec Kamera Yang Luar Biasa!


Pasti ramai peminat smartphone Huawei diluar sana yang dah lama tunggu keluaran baru siri P dari Huawei kan? Baru-baru ini, Huawei Malaysia telah mengumumkan smartphone terbaru mereka iaitu Huawei P40 Pro+ yang akan mula dijual di pasaran Malaysia pada 26 Jun nanti pada harga RM4,999.


Untuk skrin, Huawei P40 Pro+ ini dilengkapi dengan 6.58 inci bersama resolusi 1200x2640 dan menyokong refresh rate sehingga 90Hz. Smartphone ini didatangkan dengan cipset Kirin 990 5G. Untuk memori pula, ia hadir dengan 8GB RAM dan storage sebesar 512GB gais. Bateri Huawei P40 Pro+ ini dilengkapi dengan bateri sebesar 4,200mAh bersama 45W fast-charging menggunakan USB port Type-C.


Siri P dari Huawei ni semestinya memfokuskan dari aspek kamera. Untuk kamera utama, smartphone ini dilengkapi dengan penta kamera iaitu 50 megapixel sensor utama + 40 megapixel ultra wide + 8 megapixel telefoto + 8 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapannya pula hadir dengan 32 megapixel dengan sensor kedalaman IR.

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Huawei dibawah siri P di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media