Hubungan Mimi Lana & Syafiq Kyle Berakhir Selepas 5 Tahun Bercinta


Pelakon jelita, Mimi Lana mengakui bahawa hubungan cintanya bersama Syafiq Kyle sudahpun berakhir. Pelakon Pusaka ini berkata mereka telah berpisah secara baik dan masing-masing dah meneruskan kehidupan.

Menurut laporan Astro Gempak, Mimi enggan mendedahkan kenapa hubungan mereka putus di tengah jalan. Kita anggap jelah yang diorang berdua ni tak ada jodoh. Nak buat macam mana kan? Hmm.

Ya, betul lah spekulasi yang tersebar itu. Kami dah tak ada apa-apa. Kami berpisah secara baik dan masing-masing dah move forward. Saya minta maaf, tentang mengapa hubungan kami berakhir itu biarlah saya simpan sendiri kerana ia hal peribadi saya. Lagipun siapalah kita untuk mempersoalkan tentang jodoh. Kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.

Untuk pengetahuan korang, Syafiq Kyle dan Mimi Lana bercinta sejak lima tahun lepas tetapi mereka mendedahkan status hubungan mereka pada tahun 2019 gais. Apapun, Ohmedia doakan agar pasangan ini mendapat jodoh yang baik pada masa akan datang. InshaAllah, Amin.

OHMEDIA: HAA! MIMI LANA & SYAFIQ KYLE TU DAH SINGLE GAIS.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media