Teman lelaki kepada pelakon jelita, Dini Azan Schatzmann memuatnaik satu posting di Instagramnya, @dinischatzmann membuat kejutan sempena hari jadi Janna Nick yang ke-25 tahun. Wah, sweet betul pasangan ni!
Sorry for making you cry. Happy birthday sayang, I hope to add more smiles, more laughter, more beautiful moments to your life. You deserve it all. I love you. -kata Dini
Saya rancang konsep untuk sambutan hari lahir Janna lebih kurang seminggu awal. Nak sediakan dan siapkan semua tidaklah mengambil masa yang sama. Set up saya ambik masa lebih kurang satu jam setengah. Kek saya dah tempah sehari sebelum hari kejadian. Hadiah dia saya dah beli dua hari awal. Saya yang pilih sendiri beg tu. Semua ini memang dilakukan pada saat akhir. Setiap orang ada cara yang berbeza. Ini adalah salah satu cara untuk saya mengabadikan kenangan bersama dengan Janna. -kata Dini
Ramai orang mengatakan bahawa tindakan pelakon baru berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu adalah sweet kerana menyediakan sendiri tanpa bantuan orang lain. Apapun, selamat hari jadi Janna! Semoga panjang umur dan terus sukses dalam industri hiburan.
OHMEDIA: BESTNYA ADA INSAN TERSAYANG BUAT KEJUTAN MACAM NI. OHMEDIA PUN NAK JUGA!
Kredit: Astro Gempak | Instagram
+ Baca respon pembaca ucap selamat hari jadi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media