Kerisauan Penduduk Berakhir



Oleh : Mohd Fakhrullah Mohamad

MARANG, 27 Jun - Kerisauan penduduk terhadap pokok yang yang kian redup dipinggir jalan Kampung Alur Parit, telah berakhir.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Tok Rimau, Mansor Mamat berkata, banyak aduan yang mengatakan pokok-pokok yang sudah terlalu besar dipinggir jalan dahannya telah terlalu rendang dan boleh merbahayakan rumah dan kedai berhampiran terutama ketika hujan ribut.

"Kebelakangan ini kita telah terima terlalu banyak aduan dari penduduk setempat bahawa dahan-dahan di pokok tersebut sudah terlalu rendang dan reput malah dikhuatiri boleh tumbang disaat ribut kencang," katanya.

Tambahnya lagi, kerja-kerja ini sebenarnya sudah lama ingin dilaksanakan, cuma atas faktor keselamatan dan peralatan yang perlu digunakan terpaksa ditangguhkan dahulu.

"Dalam kerja itu penduduk setempat telah turun beramai-ramai bergotong-royong untuk memotong pokok-pokok tersebut dan membersihkan terus menggunakan van lori yang disediakan.," katanya.




Turut sama hadir dalam kerja-kerja tersebut, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bukit Payung, Mat Ghani Jusoh, Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tok Rimau, Mohd Amin Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penduduk sekitar.

Ssumbangan berupa wang ringgit yang disalurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah sedikit sebanyak membantu aktiviti gotong -royong itu.






Sumber: teganukita.net