Medan Selera Jerteh Mula Beroperasi


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 1 Jun - Medan Selera Jerteh mula beroperasi pada hari ini setelah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan negeri semalam.

Pengurus Medan Selera Jerteh, Wan Asriazwa Wan Husain berkata, sebelum ini,  ramai peniaga menghadapi kesukaran dan dugaan untuk mencari rezeki akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac yang lalu.

“Kebenaran untuk semua premis makanan beroperasi oleh pihak kerajaan memberi rasa lega kepada peniaga yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

"Pengumuman dan usaha oleh pihak kerajaan negeri Terengganu disambut baik peniaga iaitu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di sini, pada hari ini.

Menurutnya, Medan Selera Jerteh merupakan tumpuan orang awam kerana kedudukannya terletak ditengah-tengah Bandar Jerteh.

Wan Asriazwa juga menyarankan agar semua pengunjung medan selera mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Orang awam diingatkan agar sentiasa menjaga jarak sosial antara satu sama lain dan sentiasa memakai topeng pelindung hidung bagi memastikan penularan wabak tidak tersebar," tambah beliau.




Sumber: teganukita.net