--> Skip to main content

Meneroka Gua Gomantong Di Sabah, Jutaan Spesies Lipas Menanti Ketibaan Pelancong!


Kali ini Ohmedia nak kongsikan dekat korang sebuah gua di Sandakan yang mempunyai jutaan lipas serta spesis lain seperti kelawar, ular, dan tikus. Selain itu, gua ini juga merupakan tempat untuk menghasilkan sarang burung walet dan akan dieksport ke luar negara.


Gua yang dinamakan sebagai Gomantong ini telah ditemui pada tahun 1782 oleh C. Barmflyes dan beliau menyatakan bahawa Pingiran Sandukung, datuk kepada Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Digadong Samah AL-Haj Bin Pingiran Ebey adalah orang pertama yang menjalankan  aktiviti memungut sarang burung di gua itu.


Terletak di daerah kinabatangan, gua ini mempunyai keluasan 3,297 hektar dan menjadi destinasi untuk pelancong di Malaysia dan luar negara. Jika korang ingin merasai pengalaman yang luar biasa, boleh lah berkunjung ke Negeri Sabah dan menerokai Gua Gomantong ini bersama pasangan. Pastikan korang tidak geli dan takut kepada serangga.


OHMEDIA: GUA GOMANTONG TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI GUA SARANG BURUNG TERBAIK  DUNIA SELEPAS DIURUSKAN DENGAN CEMERLANG

+ Baca respon pembaca meneroka Gua Gomatong di Sabah, jutaan spesies lipas menanti ketibaan pelancong di Facebook Oh! Media







Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 29 June 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...