Motorola One Fusion+ Merupakan Smartphone Kelas Pertengahan Yang Menggunakan Cipset Snapdragon 730


Motorola merupakan satu jenama yang pernah popular suatu ketika dulu yang menjadi kegilaan ramai. Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan smartphone terbaru mereka di kelas pertengahan iaitu Motorola One Fusion+. Walaubagaimanapun, smartphone ini hanya diumumkan untuk pasaran Eropah dan akan dijual dalam lingkungan harga RM1,450.


Motorola One Fusion+ ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.53 inci LCD bersama display Full HD. Cipset yang dikuasakan pada smartphone ini adalah Snapdragon 730 SoC. Untuk bateri, ia menggunakan bateri sebesar 5,000mAh bersama 15W fast charging menggunakan USB Type-C. Untuk memori, ia hadir dengan 6GB RAM dan storage sebesar 128GB.


Untuk kamera utama, smartphone ini dilengkapi dengan quad-camera iaitu 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel wide + 5 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapan pula didatangkan dengan kamera pop-up. Motorola One Fusion+ ini hadir dengan dua pilihan warna Cloud dan SugarFlost.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca peminat smartphone Motorola di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media