MRSM Tidak Boleh Kutip Yuran Selagi Tidak Dibuka


Berita baik untuk adik-adik yang kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) apabila pihak kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan bayaran yuran termasuk bayaran caruman sepanjang penutupan berikutan wabak pandemik Covid-19.

Penangguhan bayaran ini akan dilakukan sehingga sekolah berasrama penuh kembali dibuka dan ia diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tidak perlu (bayar) selagi tak dibuka, MRSM tidak boleh mengutip apa-apa bayaran termasuk caruman dan sebagainya sehingga dibuka baru dibayar kerana tiada pembelajaran. Mana-mana ibu bapa yang sudah membayar sebelum ini, tindakan seterusnya akan diambil pihak pengurusan MRSM. - Katanya sewaktu sidang media semalam.

Persoalan ini dijawab apabila ibu bapa telah mempersoalkan bayaran setiap bulan yang dikenakan ke atas pelajar MRSM selama 11 bulan.

Macam mana pula dengan bayaran yuran oleh pelajar-pelajar di institusi lain? Diharapkan langkah yang sama diambil memandangkan pelajar-pelajar kini hanya perlu menjalankan pelajaran dari jarak jauh sahaja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang masih perlu bayar yuran pengajian di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media