Pengendali Program TV Buat Dakwaan Sugu Pavithra Minta RM10,000! Ini Penjelasannya


Youtuber Sugu Pavithra minta bayaran RM10,000? Dakwaan tersebut telah menekan pasangan ini apabila seorang pengendali program menaikkan satu Instagram Story mendakwa telah menghubungi Sugu Pavithra untuk melakukan satu program TV bersama mereka selama 1 jam.

Pengendali program terbabit menyatakan keluhannya sehingga membuatkan netizen tertanya-tanya adakah perkara ini benar.

Kredit gambar: Gempak

Disebabkan itu, Sugu Pavithra tampil menjelaskan dakwaan yang tersebar dengan menyatakan mereka sekeluarga tidak mahu terlibat dalam mana-mana program realiti dan selesa dengan apa yang mereka lakukan selama ini.

Sekarang ini kami tidak henti-henti menerima permintaan daripada orang untuk menemu bual dan tawaran untuk buat program masakan. Sebenarnya, kami tidak mempunyai pihak pengurusan untuk uruskan. Semuanya diuruskan sendiri.

Jadi, jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu.

Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen. Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah. Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa.
- Jelasnya.

Bagi Ohmedia, individu yang melakukan dakwaan secara umum ini tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menimbulkan salah faham dan merosakkan imej seseorang.

OHMEDIA: UNTUK SUGU PAVITHRA SEKELUARGA, OHMEDIA HARAPKAN AGAR TERUS KUAT UNTUK MENGHADAPI APA JUA KATA-KATA ORANG DI LUAR SANA DAN TERUS LAKUKAN APA YANG DIMINATI.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Sugu Pavithra di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media