Pengguna Masih Tak Puas Hati Dengan Alasan Bill Elektrik Naik! KeTSA Panggil TNB Beri Penjelasan


Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan penjelasan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkenaan bil elektrik yang melambung naik sehingga menekan pengguna untuk membayar disaat ekonomi negara dan rakyat kurang baik pada waktu ini.

Pemilik premis juga menunjukkan respon yang sama selepas melihat bil premis mereka yang tinggi walaupun perniagaan tidak beroperasi dalam tempoh yang lama.

Terbaru, pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah memanggil TNB untuk memberikan penjelasan berhubung kenaikan bil elektrik sejak pelaksanaan PKP pada March lalu.

Pengurusan tertinggi TNB diminta untuk membentangkan apa yang telah mereka laksanakan sepanjang tempoh ini bagi kita melihat isu yang dibangkitkan secara menyeluruh. Kita juga memberi peluang kepada mereka selepas mendengar rungutan dan kritikan rakyat. Saya difahamkan pada ketika ini, mereka (TNB) sedang memperhalusi semua perbincangan yang diadakan pagi tadi sebelum kita teliti lagi dengan lebih terperinci pada mesyuarat esok untuk mencari keputusan terbaik. - Kata Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Walaupun pengiraaan TNB ini betul, bagi Ohmedia diskaun yang diberikan kepada pengguna sebelum ini masih mencukupi bagi membantu meringankan beban rakyat yang semakin tersepit. Walaupun diberikan tempoh bayaran ansuran, pengguna masih tetap perlu membayar bill bagi bulan-bulan berikutnya dan jumlah tertunggak ini pasti akan terus meningkat.

OHMEDIA: DIHARAPKAN SATU PENYELESAIAN YANG TEPAT DAPAT DILAKUKAN BAGI MENANGANI MASALAH INI DAN APA YANG PENTING IANYA DAPAT MEMBERI KELEGAAN KEPADA RAKYAT.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca yang juga hadapi masalah sama di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media