--> Skip to main content

Polis Terima Banyak Alasan Rindu Bini Muda Untuk Rentas Negeri


Nampaknya 10 Jun 2020 ni, para suami yang ada bini muda tu bolehlah pulang ke pangkuan lepaskan rindu. Ohmedia terhibur baca alasan yang diberikan kebanyakan orang lelaki kepada anggota polis yang mengatakan mereka rindu isteri muda sebagai alasan paling polular untuk merentas negeri.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik yang berkata pihak polis menggunakan kaedah budi bicara untuk mereka yang mempunyai isteri lebih dari satu. Tetapi mereka tetap perlu menunjukkan dokumen yang membuktikan mereka berbini dua, tiga atau empat.

Pada mulanya, mereka tidak mahu memaklumkan tujuan asal mahu merentas negeri mungkin kerana malu tetapi terpaksa akur dan kebenaran diberikan dengan melihat beberapa faktor. - Katanya.

Siapa yang tak rindu dengan bini kalau 3 bulan tak berjumpa betul tak? Apa-apapun ini juga satu pengorbanan dan semoga kita dan keluarga sihat dan terhindar dari wabak bahaya ini. Itu paling utama!

+ Baca respon pembaca yang berbini lebih dari satu di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 08 June 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...