Kehadiran telefon pintar realme ke pasaran Malaysia sememangnya menjadi satu fenomena kerana jenama ini dilihat jauh lebih style dan trendy berbanding jenama telefon pintar yang lain. Ha! Semua barisan telefon pintar realme sudah ada fans dia yang tersendiri tau. Tapi kali ni, admin nak share keluaran terbaru dari mereka iaitu realme C11. Korang rasa apa kejutan yang dibawakan menerusi realme C11 kali ni? Mari kami share..
Design Memukau Buat Bergetar Rusuk Kiri Abang.
Kalau korang teliti kesemua design yang dikeluarkan sememangnya sangat mengambil berat tentang look dan feel sesebuah phone tu. Mana taknya, realme C11 ni design dia jauh lebih mantul dan nampak style. realme C11 merupakan satu rekaan yang terbaru antara telefon pintar keluaran mereka. Ianya didatangkan dengan dua warna yang cukup cantik; Mint Green juga Pepper Grey. Kami berkenan sungguh dengan Mint Green tu, kalau buat hadiah anniversary pun onz ni.
Sedikit info menarik yang perlu korang tahu mengenai design realme C11 ni, permukaan di belakang phone sebenarnya ada texture yang akan mengurangkan kesan cap jari, selesa pada genggaman dan dapat menghindarkan dari kesan calar. Menariknya, kesan texture ni hanya boleh terjadi sebab realme C11 telah melalui fasa gilapan selama 300 minit dengan menggunakan mesin ukiran khas dari German demi menjaga kualiti design realme C11 ni.
Bukan tu je, melalui proses gilapan tu tadi, korang akan nampak ada 450+ effect lengkung terukir dan menghasilkan kesan cahaya reflektif yang unik pada telefon pintar korang. realme C11 kali ni memang nak kita rasa sendiri macam mana memiliki telefon pintar yang tampak premium dan moden. Barulah mantul gais.
Long Lasting Sampai Penat La Jari Korang Tu Nanti.
5000mAh?
Belum habis gais, kali ni kita nak usha bateri realme C11 ni. Dengan 5000mAh ni korang rasa berapa jam boleh bertahan? Kalau mengikut kajian di realme Lab, realme C11 mampu bertahan selama 40 hari dalam mod standby tau. Tapi macam mana pulak kalau korang kaki marathon k-drama dekat phone?
Serius la?! Yer betul, korang boleh tengok video kesukaan korang sehingga 21 Jam 6 minit tu. Syiok habis ni! Ada lagi gais, dengan teknologi OTG pengecasan secara terbalik, telefon pintar ni mampu menjimatkan penggunaan bateri korang tu. So, sampai penat la jari korang tu nanti sebab main game, tengok K-drama, layan YouTube dan banyak lagi.
Kenalkan Teman Malam Baru Korang ‘Nightscape’
Perhatian! Perhatian! Ada berita gembira untuk korang yang suka mengambil gambar waktu malam atau ketika kurang pencahayaan, sebab realme C11 kini telah didatangkan dengan mod dual kamera ‘nightscape’ yang semestinya akan memberikan gambar yang berkualiti. So macam mana ianya berfungsi?
Menerusi 'nightscape mode’ kamera akan mengambil beberapa gambar yang mempunyai tahap ‘exposure’ yang berbeza dan gambar ini akan digabungkan bagi menghasilkan gambar yang diambil dalam keadaan gelap atau malam yang jauh lebih cerah dan jelas. Tak pe kalau korang tak faham proses ni, yang korang perlu tahu tangkap gambar dengan realme C11 pada waktu malam akan jadikan gambar korang cantik.
realme C11 Bigger Battery, Endless Fun!
Ada beberapa feature lagi yang kami nak share tapi apa kata korang ready je sebab realme akan melancarkan realme C11 secara LIVE di Facebook rasmi mereka tau. Mengangkat tema 'Dare to Leap' spirit kali ni, realme C11 dilihat dapat menonjolkan style penggunanya, dengan ciri-ciri terbaru serta design yang sangat moden dan trendy.
So jangan lupa janji temu korang pada 30 June 2020 bermula jam 11 pagi bagi menyaksikan sendiri kehebatan realme C11. Make sure korang stay tune dekat semua media sosial realme iaitu di Instagram dan juga Facebook untuk ketahui lebih lagi mengenai realme C11.
Sumber: Oh! Media