--> Skip to main content

Siapa Masih Belum Merasa Minyak Murah? Berlaku Kenaikan Lagi Malam Ini


Sama seperti minggu lepas, Ohmedia nak ingatkan korang isi minyak cepat bagi siapa-siapa yang masih belum sempat merasa harga runcit minyak yang murah.

Ini disebabkan, bermula pada jam 12 tengah malam ini akan ada kenaikan lagi bagi harga runcit petrol dan diesel.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, RON95 dilaporkan naik 8 sen menjadikan ia RM156 seliter berbanding RM1.48 seliter minggu ini.

Bagi RON97 pula, hadapi kenaikan sebanyak 8 sen juga iaitu RM1.86 seliter berbanding RM1.78 seliter minggu ini.

Harga runcit bagi diesel pula naik 10 sen iaitu pada RM1.73 seliter berbanding RM1.63 minggu ini.

Kenaikan ini adalah dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses (refined product) yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara - Kata kenyataan itu.

Nampaknya eknomi dunia semakin pulih dan kebanyakan negara kini sedang berusia untuk membaiki ekonomi mereka selepas terjejas teruk dengan penyebaran pandemik Covid-19.


+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan harga minyak ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 12 June 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...