Nampaknya ahli politik tidak boleh membuat sesuka hati mereka lagi apabila Sultan Johor sendiri iaitu Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya berlaku perebutan kuasa lagi.
Perkara ini dinyatakan terus oleh Sultan Ibrahim di dalam Facebook rasminya.
Apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka (wakil rakyat) langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat. Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.
Saya bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa. Jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta. - Titah Baginda.
Dalam kata lain, sekiranya masih berlaku cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Johor yang baharu, langkah ini akan diambil bagi memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang dimahukan.
Baginda turut berharap agar rakyat Johor dapat memilih pemimpin yang betul-betul mahu berkhidmat untuk rakyat dan kebaikan negeri. Bukannya hanya ingin memperjuangan kepentingan parti atau diri sendiri.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca yang rimas dengan sikap ahli politik di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media