--> Skip to main content

Volkswagen Perkenalkan Kedai Online Rasmi Di Shopee, Siap Boleh Hantar Ke Rumah!


Volkswagen telah mengumumkan kedai secara online rasmi mereka di Shopee gais. Korang boleh dapatkan kereta seperti Volkswagen Golf, Vento, Tiguan, Passat dan Polo dengan mudah gais! Dekat Shopee tu, mereka juga turut menawarkan voucher pada harga RM199.


Dengan pembelian voucher tu, korang boleh dapatkan ganjaran bernilai sehingga RM14,819 mengikut kereta yang korang beli. Bukan setakat jimat jer, pengedar siap hantar ke rumah korang tau gais. Sebelum meneruskan urusan jual beli, korang akan dapat notifikasi terlebih dahulu daripada Volkswagen.

Mungkin lepas ni banyak jenama kereta lain yang akan ikut apa yang Volkswagen buat. Memang senanglah dengan kemudahan teknologi yang ada sekarang ni sekaligus dapat menjimatkan masa korang.

Kredit: Shopee

+ Baca respon pembaca kedai online Volkswagen di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 24 June 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...