“Anugerah Berkenaan Untuk Anak Kelahiran Ipoh Sahaja” - Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh Perjelas Isu Pavithra


Panas sebelum ini apabila suami kepada YouTuber terkenal, Pavithra bertindak memukul YouTuber berkenaan selepas berang namanya tidak disebut dalam satu pengiktirafan khas. Tindakan berkenaan menyebabkan dia tahan polis bagi membantu siasatan. Menurut info, pasangan berkenaan dikatakan bertengkar di tempat letak kereta di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Isnini lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Mohd Syahrizal Azmi berkata, pengiktirafan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh hanya diberikan bagi menghargai pencapaian luar biasa Pavithra dan suami sebagai YouTuber. Namun pengiktirafan berkenaan hanya kepada anak kelahiran Ipoh sahaja atas inisiatif Datuk Bandar Ipoh sendiri.

Sumber gambar dari Ututsan
Pengiktirafan hanya diberikan kepada Pavithra memandang beliau adalah anak kelahiran Ipoh manakala suaminya adalah anak kelahiran Sungai Siput. Jelas Mohd Syahrizal Azmi lagi, pengiktirafan ini adalah anugerah individu meskipun mereka berkongsi nama untuk channel YouTube berkenaan.

OHMEDIA: BEGITU RUPANYA. PATUT MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI SIPUT PUN BUAT PENGIKTIRAFAN YANG SAMA, BARU FAIR AND SQUARE, TAK GITU?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pegawai majlis bandaraya perjelas isu sebenar di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media