Apple Minta Pengguna Tanggalkan Pelindung Webcam Sebelum Tutup MacBook


Mesti ada antara korang yang tutup webcam pada komputer ataupun laptop untuk mengelakkan kecurian data tanpa kebenaran berlaku kan? Bukan teknologi jer yang makin canggih, pengodam pun makin bijak untuk mencuri apa saja data yang mereka mahu. Tambah lagi kepada individu-individu penting dalam sesebuah organisasi atau syarikat.


Walaubagaimanapun, Apple baru jer meminta pengguna untuk tidak menutup Macbook sekiranya penutup webcam yang korang buat menggunakan webcam cover, salotape dan sebagainya masih tidak ditanggalkan lagi sebab boleh merosakkan skrin Macbook korang tu. So, sebelum korang nak tutup Macbook pastikan penutup webcam tu dah ditanggalkan dulu nanti ya guys.


Bukan tu jer, penutup yang korang buat tu mungkin akan mengganggu sensor ambient light. Apple juga mengatakan yang pengguna boleh melihat lampu warna hijau akan menyala apabila kamera sedang aktif. Tapi kalau masih lagi ragu-ragu, korang disarankan untuk menggunakan menutup dengan ketebalan bawah 0.1mm.

Kredit: Apple

+ Baca respon pembaca pelindung webcam boleh rosakkan skrin MacBook di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media