Boleh Akibatkan Bakteria, Ramai Yang Letakkan Ayam & Daging Beku Di Singki Sebelum Masak


Siapa sangka selama ni letak ayam dan daging beku di luar sebelum masak boleh menyebabkan keracunan makanan? Ohmedia tahu sebenarnya korang pun dah lama buat macam tu daripada dulu lagi.

Menurut Public Health Malaysia, kaedah ini perlu dielakkan kerana orang yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian melebihi 4 jam adalah syurga buat kuman dan bakteria.

Mungkin ada yang meletakkan daging/ayam beku di singki pada waktu pagi...dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak. Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah, jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria. Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.


Cara yang paling terbaik adalah letakkan daging beku di ruangan peti sejuk yang bukan beku seharian atau lebih mudah, korang guna je ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum dimasak. Semoga bermanfaat!

OHMEDIA: LEPAS NI KORANG JANGAN BUAT LAGI TAU!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media