--> Skip to main content

Lagi Kes Aniaya, Kali Ini Seorang Individu Bertindak Membakar Seekor Anak Kucing!


Sebelum ini panas mengenai tindakan seorang indvidu yang bertindak kejam, membunuh tiga kucing dengan cara ‘melemaskan’ kucing berkenaan menggunakan mesin basuh disebuah kedai dobi di Kepong. Bagaimanapun lelaki berkenaan akhirnya ditahan dan didakwa atas kesalahan berkenaan.



Namun masih lagi ada kes membabitkan penganiayaan melibatkan seekor kucing. Kali tindakannya lebih kejam, seorang lelaki bertindak membakar seekor anak kucing dan merakam perbuatan berkenaan sebelum tular di media sosial. Sebuah video berdurasi 46 saat menunjukkan perilaku lelaki berkenaan keatas anak kucing tersebut. Dikatakan perbuatan tersebut menyebabkan bulu kucing berkenaan terbakar keseluruhannya.

Bagi korang yang ada info mengenai kejadian berkenaan, korang boleh salurkan maklumat segera kepada Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association di talian Whatsapp hotline +601120901097.

OHMEDIA: HARAP BUKAN ORANG ISLAMLAH BUAT, SEBAB ISLAM MENGAJAR UNTUK MENGASIHI SESAMA MAKHLUK MESKIPUN BERLAINAN, LEBIH-LEBIH DENGAN KUCING, SEBAB KUCING ADALAH HAIWAN KESAYANGAN NABI.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca individu bertindak bakar anak kucing di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 20 July 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...