--> Skip to main content

Lenovo Tawarkan Barangan Bernilai Lebih RM1,000 Secara Percuma Dengan Pembelian Legion 5i


Sekiranya korang memang dah ada niat untuk membeli laptop sekarang ni? Ohmedia rasa korang boleh usha laptop gaming dari Lenovo iaitu Legion 5i sebab mereka baru jer mengadakan promosi guys. Korang boleh dapatkan banyak barang percuma dengan setiap pembelian Legion 5i ni bermula 21 Julai ni sehingga 31 Ogos 2020 nanti.


Korang boleh tebus hadiah bernilai lebih dari RM1,000 bergantung dengan spec Lenovo Legion i5 yang korang beli. Antara hadiah dari Lenovo yang korang boleh dapatkan tu adalah Legion Gaming Bagpack, mouse Legion M200, mouse Legion M500, headphone Legion H500, cupon untuk Steam Wallet bernilai RM100 dan kod permainan Intel bernilai RM240 guys.


Lenovo Legion 5i ni didatangkan dengan 3 spesifikasi yang korang boleh pilih mengikut citarasa dan bajet sendiri iaitu Legion 5i 15IMH05 (82AU006NMJ) pada harga RM4,199, Legion 5i 15IMH05 (82AU006PMJ) pada harga RM5,199 dan Legion 5i 15IMH05H (81Y6007VMJ) pada harga RM5,599. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke laman web rasmi Lenovo.

Kredit: Lenovo Malaysia

+ Baca respon pembaca tawaran Lenovo di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 14 July 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...