Menang Lawan Pasukan Tercorot, Chelsea Hampir Layak Ke UEFA


Peluang Chelsea untuk layak le Liga Juara-Juara Eropah tampak cerah selepas membenam pasukan tercorot liga, Norwich City 1-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi. Chelsea yang menurunkan ayam tambatan mereka, Pulisic ternyata membuahkan hasil selepas pemain itu sentiasa memberi ancaman kepada pertahanan lawan.


Penyerang Perancis, Oliver Giroud berjaya meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-45 hasil tandukan padu selepas menerima hantaran cantik dari Pulisic. Bersambung separuh masa kedua The Blues mempunyai peluang untuk menambah jaringan menerusi Azpilicueta pada minit ke-66 namun percubaan beliau melepasi palang gol Norwich.



Pada minit ke-75 giliran pulisic pula hampir meletakkan Chelsea 2 gol di hadapan, walaubagaimanapun sepakan beliau berjaya ditepis Tim Krul. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dan menyaksikan Chelsea kekal di tangga ketiga liga.


OHMEDIA: CHELSEA PERLU MENANG BAKI 2 PERLAWANAN LIGA UNTUK MENGESAHKAN KEMARAAN MEREKA KE PENTAS UEFA MUSIM DEPAN

+ Baca respon pembaca menang lawan pasukan tercorot, Chelsea hampir layak ke UEFA di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media