Sebuah Portal Dakwa Shafie Apdal Peroleh 62 Peratus Sokongan Sebagai Perdana Menteri Ke-9


Pada waktu ini, politik negara seakan akan melalui satu lagi gelombang pertukaran kerajaan apabila pihak pembangkang semakin rancak merancang untuk memastikan kerajaan menjadi milik mereka.

Terbaru, nama Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah dinaikkan sebagai calon Perdana Menteri ke-9 negara di bawah Pakatan Harapan Plus sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebuah portal telah mengeluarkan undian menyokong calon Perdana Menteri ini dan telah mendapat 62 peratus sokongan dari rakyat Malaysia.

Undian ini boleh dilihat di portal Warisan Online dan jumlah terkumpul setakat ini adalah sebanyak 1,909 responden setakat jam 10 malam semalam, 1,185 daripadanya menyokong pencalonan Mohd Shafie, manakala 724 responden menolak cadangan itu.

Bagi Ohmedia, rakyat Sabah dan Borneo secara umumnya pasti gembira dengan pencalonan ini kerana ia adalah kali pertama calon dari Sabah diangkat untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 57 tahun.

Bagaimanapun, adakah strategi yang digunakan blok pembangkang ini berhasil?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang mengikuti perkembangan politik di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media