Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Dibenarkan Solat Jumaat Dengan Mematuhi SOP


Sekian lama kaum Adam tidak mendirikan solat Jumaat kerana penutupan masjid dan surau-surau, akhirnya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk kita semua menunaikan kewajipan bermula 3 Julai ini.

Bukan tu jer, Setiausaha Sulit Sultan Selangor iaitu Datuk Mohamad Munir Bani juga berkenan untuk membuka kesemua masjid dan surau di Selangor dan mengikut SOP yang telah ditetapkan untuk kita semua mendirikan solat 5 waktu.

Bilangan jemaah yang boleh mendirikan solat dalam satu-satu masa telah ditetapkan, Jumlah jemaah yang boleh hadir ke masjid terhad pada 500 orang tertakluk kepada kebesaran masjid tu sendiri, manakala di suraupunya hanya 40 orang jer dalam satu masa. Walaubagaimanapun, korang mesti ikut SOP yang telah ditetapkan okay guys.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca semua masjid dan surau di Selangor telah dibenarkan solat Jumaat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media