--> Skip to main content

Semua Video Di YouTube Sugu Pavithra Telah Dipadam?!


Ohmedia yakin ramai yang tahu apa yang terjadi kepada keluarga Youtuber masakan terkenal Sugu Pavithra yang baru-baru ini viral di media sosial yang ternyata mengejutkan ramai pihak.

Maklumlah, kes M.Sugu ini berlaku secara mengejut dikala mereka sedang meningkat naik sehingga menarik perhatian ramai orang. Bagaimanapun perkara sudah berlaku dan mereka suami isteri juga sudah bermaafan dan menarik semula kes polis itu. Mereka juga mengumumkan tidak mahu menerima lagi sebarang penghargaan dari mana-mana pihak termasuk orang politik.

Ini bermakna mereka ingin menjalankan kehidupan seperti orang biasa dan lakukan apa yang mereka sukakan.

Tetapi sebentar tadi, satu lagi kejutan berlaku apabila akaun Youtube Sugu Pavithra sudah tidak mempunyai sebarang video masakan. Semua video ini berkemungkinan telah dipadam ataupun hanya dijadikan kepada private.


Bagi Ohmedia agak sayang apabila mereka telah berjaya menarik minat 785 ribu orang pengikut di Youtube. Sehingga ke saat ini, masih belum ada sebarang kenyataan lagi dari pasangan ini.

OHMEDIA: DIHARAPKAN AGAR SUGU DAN PAVITHRA DAPAT MENJADIKAN INI SEBAGAI PENGAJARAN BUAT MEREKA DAN KEMBALI MENGHASILKAN VIDEO MASAKAN SERTA KONGSI RESEPI YANG MENARIK KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

+ Baca respon pembaca yang terkejut dengan berita ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...