--> Skip to main content

Sugu Pavithra Kongsi Terima Silver Play Button! Ucap Terima Kasih Kepada Seluruh Rakyat Malaysia


Siapa yang tidak kenal dengan seorang YouTuber yang hanya bermula suka-suka untuk membuat video sejak 5 bulan yang lalu dan kini semakin popular. Ohmedia maksudkan tentang Sugu Pavithra yang sehingga ke hari ini terus melakar kejayaan demi kejayaan untuk dirinya dan keluarga.

Sudah mendapat lebih 772,000 orang pengikut di YouTube, Sugu kini berkongsi pula kejayaan menerima Silver Play Button dari YouTube.

Kejayaan ini dikongikannya di dalam satu video Unboxing Silver Play Button dan turut mendapat ucapan tahniah dari kalangan netizen.

Seperti mana yang anda tahu, orang pertama yang saya nak ucapkan terima kasih ialah untuk kakak Seri sebab dialah orang pertama yang memperkenalkan Youtube kepada saya dan ajar saya macam mana nak buat video dan upload dalam Youtube dan semuanya lah. - Katanya.


Tahniah kami di Ohmedia ucapkan kepada Sugu Pavithra sekeluarga dan semoga terus bersemangat menghasilkan video perkongsian masakan dengan bahasa melayu yang menarik ini.

Kredit: Sugu Pavithra

+ Baca respon pembaca yang suka melihat video Sugu Pavithra di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...