--> Skip to main content

24 Jam Terperangkap Dalam Runtuhan, Budak Perempuan Ini Ditemui Masih Hidup


Semalam kita dikejutkan dengan berita letupan besar di Beirut, Lubnan sehingga mengorbankan 135 orang dan manakala lagi 5,000 telah cedera seperti yang dinyatakan oleh menteri kesihatan Lebanon.

Walaubagaimanapun, terdapat satu rakaman mencemaskan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui masih hidup selepas dipercayai terperangkap selama 24 jam dalam runtuhan. Kalau nak tengok, boleh tonton dekat bawah ni.

Moment small girl is found alive after spending 24 HOURS under the rubble in Beirut.


Menurut laporan Daily Mail, angka kematian di tempat tersebut dijangka akan terus bertambah kerana masih ramai lagi tidak ditemui. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kru-kru penyelamatan di sana.

Untuk pengetahuan, kejadian letupan besar di Beirut, Lubnan telah berlaku di pelabuhan bandar disebabkan 2,700 ammonium nitrat terbakar dan kerajaan Lubnan menyifatkan Beirut adalah sebagai bandar bencana.

OHMEDIA: PRAY FOR BEIRUT!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 06 August 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...