Adik Presiden Amerika Syarikat Meninggal Dunia


Adik kepada Presiden Amerika Syarikat, Robert Trump dilaporkan meninggal dunia pada usia 72 tahun malam tadi selepas mendiang dirawat di sebuah hospital kerana penyakit yang tidak didedahkan.

Dengan berat hati saya kongsikan bahawa adik saya, Robert meninggal dunia, malam tadi (Sabtu). Dia bukan hanya adik, tetapi sahabat baik saya. Dia akan sentiasa dirindui dan memori bersamanya kekal dalam hati selama-lamanya. Saya sayang kamu, Robert.

Menurut laporan Harian Metro, Donald Trump sempat melawat adiknya pada hari Jumaat dan menghabiskan masa selama 45 minit di sebuah hospital yang terletak di New York. Selain itu, Donald juga memberitahu kepada wartawan sebelum itu ketika dalam perjalanan ke kelab golf di Bedminster, New Jersey yang dia sedang menghadapi masa yang sukar.

Takziah kepada keluarga Donald Trump. Untuk pengetahuan, adik kepada Presiden Amerika Syarikat iaitu Robert Trump dilahirkan pada 1948. Walaupun mendiang kurang dikenali tetapi dia sangat setia kepada Presiden itu.

OHMEDIA: SETIAP ORANG AKAN MERASAI KEMATIAN. SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA DONALD TRUMP.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media