--> Skip to main content

Asap Debu Letusan Gunung Berapi Sinabung Dijangka Masuk Ruang Udara Negara


Pagi semalam, letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Indonesia telah meletus pada jam 11.37 pagi dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjankakan asap debu berkenaan akan memasuki ruang udara negara di utara Selat Melaka dan negeri di utara serta timur Semenanjung.

Keadaan ini (asap debu) boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 hingga 5,000 meter. - Kata Ketua Pengarah MET Malaysia.

Bagaimanapun, keadaan ini tidak akan menjejaskan kualiti udara negara kita dan apa yang penting, letusan gunung berapi Sinabung ini tidak mengakitbatkan kesan gempa bumi dan tsunami.


Untuk perkembangan dari semasa ke semasa, boleh terus ke Facebook MetMalaysia atau download aplikasi myCuaca.


Kredit: Malaysian Meteorological Department

+ Baca respon pembaca yang lihat letusan ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 11 August 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...