Banyak Kejutan Pada realme C12 Terbaru Buatkan Model Ni Lebih Menonjol Dari Pesaing Lain


Kehadiran telefon pintar dari realme sememangnya tak pernah mengecewakan dari dulu lagi. Bukan setakat design’nya yang cukup trendy dan stylishspec yang ditawarkan pada telefon pintar mereka pun sangatlah superb.

Kalau korang nak tahu, realme sekali lagi keluarkan telefon pintar baru iaitu realme C12. Banyak sangat kejutan yang luar biasa sampaikan Ohmedia sendiri excited nak share pasal realme C12 ni dekat korang. Apa agaknya kejutan yang dibawakan pada realme C12 kalini ya? Mari kami share satu per satu. Mesti korang pun jatuh hati punya.

Lawa Giler Design realme C12!


Cukup perhatikan design dia jer, memang nampak lawa gila untuk digayakan! realme C12 ni didatangkan dengan dua pilihan warna yang sangat cantik iaitu Marine Blue dan Coral red.


Ohmedia memang berkenan sungguh dengan Marine Blue tu sebab warna dia nampak tenang dan lembut jer. Dah terbayang-bayang tengah pegang ni, kah! Warna Coral Red tu pun cantik juga dan nampak garang! 

realme masih meneruskan inspirasi sama dengan menggunakan Geometric Design yang akan membahagikan bahagian belakang menjadi 3 sudut yang berbeza. Bila korang pandang dari sudut lain, warna phone pun akan nampak lain tau. Style gila!


Bukan tu jer, ada lagi benda best! realme C12 ini telah melalui proses gilapan selama 300 minit. Dengan tekstur yang terhasil, ia dapat mengurangkan kesan cap jari, selesa pada genggaman dan dapat menghindarkan dari kesan calar pada bahagian belakang phone. Berkilat tu dah pasti! Terbaik betul design realme ni, barulah mantul dan nampak premium.

Long lasting bateri yang sangat sesuai untuk heavy user


Korang tau tak, realme C12 ni lebih tahan lama sebab ianya dilengkapi dengan bateri sebesar 6,000mAh tau. Mengikut kajian yang dibuat realme Lab, realme C12 ni mampu bertahan selama 57 hari dalam mod standby.

Sangat amazing dan ternyata realme C12 ni memang jauh lebih baik dari flagship lain. Kalau untuk heavy user tu memang sesuai sangatlah. Tambah lagi bagi netizen sejati macam korang yang langsung tak boleh terpisah dengan phone walau seminit pun.

Menariknya, realme C12 ni juga mempunyai teknologi OTG gais. Dengan teknologi ni, korang boleh buka file di usb drive menggunakan phone jer, kalau nak transfer file pun takde masalah dan tak perlu pun guna komputer macam sebelum ni. Korang yang kaki movie tu pun dah boleh gunakan phone jer untuk layan movie kegemaran sampai lebam dengan teknologi OTG ni. Memang terbaik!! 

Pengalaman fotografi lebih baik dengan tri-kamera


Pertama kali dalam sejarah telefon pintar, realme dibawah siri C di upgrade ke tri-kamera gais. Memang sesuailah untuk korang yang jenis suka tangkap gambar on the spot tu, tambah lagi bila pergi tempat-tempat best atau ternampak benda pelik yang korang rasa perlu di viralkan dengan hasil gambar yang lebih sharp. Tak begitu? 

Dah terbukti yang realme C12 akan lebih menonjol dari pesaing mereka di luar sana. Bateri padu, kamera padu, features pun banyak. Apa lagi yang tak cukup?! Semuanya dah lengkap dalam realme C12 ni.

Jangan lupa ikuti perkembangan realme


Mungkin realme C12 ni akan masuk ke pasaran Malaysia tak lama lagi gais. Dah ramai orang share pasal realme C12 ni dekat socmed dan mereka sangatlah berpuas hati. So, korang jangan lupa stay tuned di socmed realme Malaysia untuk tahu lebih lanjut tentang telefon pintar terbaru yang sangat mantul dari realme ni gais.

Sumber: Oh! Media