Baru Nak Layan Wayang Drive-In, Penonton Terima Kejutan Tak Disangka-Sangka

 


Ketika musim  Covid-19 ni macam-macam trend naik, dari kopi dalgona, masak-memasak pelbagai resepi dan bermacam lagilah. Antara yang mendapat perhatian adalah trend wayang drive-in yang diperkenalkan untuk menjaga penjarakan fizikal. Masing-masing dalam kereta, lebih selamat la kan?

Skrin gergasi kedua tiba-tiba muncul



Seorang pengguna laman sosial berkongsi video yang dirakam dalam satu tayangan filem di M-Junction Drive-In Cinema anjuran Nescafe tempoh hari. Kira-kira 9.30 malam sebelum tayangan filem berlangsung, sebuah kren dilihat menaikkan satu lagi skrin berhampiran skrin utama. Aik, mana satu nak tengok ni?


Skrin berkenaan membuatkan perhatian penonton 'terbahagi' dua secara tiba-tiba. Ah sudah, apa dah jadi? Gimik ke apa? Insiden itu kemudiannya direcord dan dikongsi penonton yang hadir. Hanya kira-kira 15 minit tayangan di udara, skrin berkenaan kemudiannya diturunkan.


Teknik pemasaran gerila



Dalam insta story dirakam, seorang pengguna Instagram meluahkan rasa excited dan hairan apabila skrin kedua muncul menjadikan pengalaman menonton yang cukup yang lain dari yang lain. Iyalah, nak layan movie, eh tiba-tiba ada pulak skrin lain. Betul-betul unexpected!


Siasat punya siasat, rupanya mastermind di sebalik insiden itu adalah jenama kopi Wonda. Skrin kedua yang dinaikkan rupanya invite ke panggung Aurum Theatre, GSC pada masa yang sama! Memang ada kelas tersendiri! Khabarnya sampai 2 dewan penuh pada malam 9 Ogos lalu tu. Klasik lawan kelas tersendiri, korang pilih yang mana?


Kalau di negara luar situasi sebegini adalah satu kebiasaan, namun ini satu permulaan baik untuk dunia iklan dan pemasaran tempatan!





Sumber: Oh! Media