--> Skip to main content

Budak maut terjatuh dari tingkat 4


Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat empat kediaman neneknya, malam tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam di sebuah flat di Batu 2, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, mangsa berusia tujuh tahun tinggal bersama neneknya itu dikatakan terjatuh dari beranda di dapur. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sewaktu kejadian itu berlaku, nenek mangsa, 52, berada di dalam tandas. 

Dia hanya menyedari cucunya terjatuh selepas terdengar jeritan orang ramai dari tingkat bawah. 

Pasukan perubatan Hospital Queen Elizabeth II yang tiba di lokasi mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Difahamkan, ibu bapa mangsa yang bekerja sebagai pembersih awam, tinggal di rumah lain tetapi di flat yang sama. 

Siasatan awal mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 18 August 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...