Feri Pulau Pinang Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 3 Hari Lagi


Bagi sesiapa yang nak pergi ke Pulau Pinang dan berniat nak menaiki Ferry, perkhidmatan Rapid Ferry tergendala sejak semalam dan dijangka akan beroperasi semula dalam masa tiga hari lagi bagi feri Pulau Undan.

Semasa pembaik pulih harian dijalankan, masalah teknikal telah dikenalpasti bagi feri Pulau Angsa dan Pulau Undan baru-baru ini. Ia mendapati yang feri Pulau Undan memerlukan alat ganti khas sebelum kembali beroperasi.

Walaubagaimanapun, feri Pulau Angsa pula berjaya dibaik pulih dan korang dah boleh menaiki feri dengan selang 40 minit. Pihak mereka akan cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan pembaik pulih ke atas perkhidmatan mereka yang tergendala ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca feri Pulau Pinang akan kembali beroperasi sepenuhnya di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media