--> Skip to main content

Guru & murid positif Covid-19, KKM arahkan sekolah yang terjejas, ditutup


Sebuah sekolah di Kulim, Kedah yang dikaitkan dengan Kluster Tawar telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti nyah cemar dan sanitasi di kawasan sekolah berkenaan telah dilakukan bagi membendung penularan Covid-19. 

"Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan Covid-19 ke atas semua pelajar di sekolah terbabit.

"Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini. Saya harap seminggu atau dua minggu kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan," katanya. 

Semalam, KKM mengesahkan terdapat empat kes baharu di Kulim yang membabitkan seorang guru dan tiga murid (kes 9,204 hingga 9,207) serta seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (kes 9,163) disahkan positif Covid-19.

Untuk pengetahuan umum, Kluster Tawar adalah kluster yang dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu. Kluster ini juga sudah memasuki generasi ketiga. 

Sehingga hari ini, seramai 47 individu dalam kluster ini dilaporkan positif di mana 40 kes dikesan di Kedah, manakala tujuh lagi kes di Pulau Pinang. 

Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...