''Habiskan duit aku je! Aku sumpah kau mati masa beranak nanti!'


Hanya kerana skrin telefon bimbit pecah, seorang lelaki tergamak menyumpah isterinya mati di masa dia melahirkan anak ketiganya nanti. 

Hati isteri mana yang tidak terkilan dilemparkan dengan kata-kata seperti itu. Tambah menyedihkan, suaminya meluahkan rasa kesal berkahwin dengannya.

ASSALAMUALAIKUM admin. Saya nak luahkan isi hati saya. Saya sekarang mengandung 32 minggu. Saya ada anak lelaki dua orang yang masing-masing berusia dua tahun dan seorang lagi 11 bulan. 

Baru-baru ini anak saya yang kedua telah menghimpit telefon bimbit saya sampai skrinnya menjadi gelap (rosak). Nak jadikan cerita, suami pula bising dan marah-marah saya. 

"Asyik nak menghabis duit aku je! Pantang nampak duit aku ada banyak dalam bank, ada je benda nak dirosakkan!" bentaknya. 

Lepas itu, dia menyumpah saya meninggal sewaktu bersalin. Malah bersumpah dia tidak akan menjenguk jenazah saya buat kali terakhir. 

"Memang aku mengharapkan kau mati masa beranak nanti. Kalau kau selamat, tahulah aku apa nak buat dengan nasib kau nanti," kata si suami  

Tolonglah kawan-kawan, sagak stress pada waktu ini. Saya sudah puas menangis, Hanya Allah yang tahu apa perasaan saya. 

"Aku menyesal kahwin dengan kau! Kalau kau hilang pun, aku takkan rugi apa sikit pun. Aku tak hairan dengan perempuan macam kau." katanya. 

Kawan-kawan, tolonglah doakan agar urusan bersalin saya dipermudahkan dan doakan saya dan baby selamat.

Ramai yang memberi reaksi terhadap perkongsian itu dan menasihatkan wanita berkenaan bersabar dan tabah menghadapi ujian itu.




Sumber: Kisah  Rumah Tangga

Sumber : thereporter.my