MBSA pernah tawar tapak gerai sementara, tetapi pengasas Hot Burger (M) tolak


Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, pernah ditawarkan tapak gerai sementara oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tetapi ditolak. 

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, tapak gerai yang ditawarkan oleh MBSA itu terletak di Jalan 1A/3, Bandar Baru Sungai Buloh. 

Namun Asri menolak tawaran itu dan tetap meneruskan perniagaannya di bahu jalan yang menimbulkan isu keselamatan dan lalu lintas. 

Sudah dua kali tindakan sitaan dilakukan MBSA terhadap peniaga sama dalam tempoh dua bulan selepas teguran dan nasihat yang diberi sebelum ini tidak dipedulikan. 

"Untuk makluman, tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya. 

"Sebelum ini, MBSA sudah memberi teguran dan nasihat kepada peniaga itu agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai berniaga, namun teguran tidak diendahkan. 

Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my