Najib Ucap Syukur Tiada Kluster Bossku Covid-19 Selepas 15 Hari Perhimpunan


Kalau korang masih ingat, tempoh hari rakyat Malaysia dan pihak KKM menyatakan rasa kebimbangan apabila akan wujud kluster Najib (COVID-19) apabila ribuan penyokong berhimpun di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Bagaimanapun, semalam (12 Ogos 2020) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa syukurnya apabila genap dua minggu perhimpunan itu berlaku, masih tiada kes jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat ini.

ALHAMDULILLAH, tiada kluster Najib (Covid-19). "Hari ini genap 15 hari selepas penghakiman Mahkamah Tinggi kes SRC saya. Ini bermakna tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid-19, 14 hari sudah berlalu.

Alhamdulillah. Tapi kita jangan ulangi kesilapan hari itu. Kita perlu sentiasa mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) demi kebaikan semua.
- Katanya.

Ya benar, diharapkan perkara sebegi tidak berulang lagi kerana ia akan memberi impak yang negatif kepada kesihatan rakyat di negara.

Sekarang, penyokong bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula dilihat berkumpul untuk memberi sokongan kepada beliau. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengawal keadaan ini agar tidak berulang seperti penyokong Bossku.


Kredit: Najib Razak

+ Baca respon pembaca yang turun beri sokongan kepada Najib di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media