Oppo Perkenal K7 Dengan Cipset Snapdragon 765G


Oppo baru jer melancarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri K iaitu Oppo K7 di pasaran China baru-baru ini. Semakin hari, semakin banyak smartphone yang menyokong 5G termasuklah smartphone tebaru dari Oppo ni guys. Korang rasa-rasa bila kita boleh gunakan teknologi 5G ni sepenuhnya di Malaysia.


Oppo K7 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.4 inci AMOLED FHD+ beresolusi 1080x2400 pixel dengan 60Hz refresh rate. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada smartphone ini ialah Snapdragon 765G dengan memori sebesar 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Untuk bateri, Oppo K7 ni hadir dengan kapasiti 4,025mAh bersama 30W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel sensor kedua + 2 megapixel untuk lens ketiga dan keempat. Untuk kamera depan pula didatangkan dengan 32 megapixel. Korang rasa smartphone ni akan masuk ke pasaran Malaysia tak? Sama-sama kita tunggu ya guys.

Kredit: Gadgets 360

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru dari Oppo di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media