--> Skip to main content

'Saya rakam video itu hanya untuk ibu murid' - Guru tampil beri penjelasan sebenar


Susulan tersebar video murid yang memberi jawapan bapanya pandai masak air ketum, guru yang merakam video tersebut tampil memberi penjelasan. 

Berdasarkan sumber dari Kaunselor Pelajar, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, guru berkenaan memaklumkan dia merakam video itu untuk dihantar kepada ibu murid berkenaan. 

"Untuk pengetahuan tuan, saya guru tersebut. Saya rakam dan forward video tersebut hanya untuk ibu murid saya dengan harapan jika benar ayah murid saya kaki ketum, harap dapat cover dari anak. 

"Saya tidak pernah sesekali memviralkan (video tersebut) dalam Facebook atau group (media sosial lain). Hanya kepada ibu anak ini.  Mohon ketahui perkara sebenar...

"Sepanjang perkhidmatan saya, saya tidak pernah upload aktiviti murid saya di Facebook. Jangan kata murid, kawan-kawan pun tidak. Saya cuma upkan hal saya. 

"Dan berkenaan murid yang tertawa, sebenarnya murid-murid lain bukan ketawakan murid tersebut. Mereka ketawa melihat saya ketawa. Saya jarang ketawa dalam kelas tuan. Saya guru yang agak serius. Kadang-kadang saja unsur kecindan saya muncul. 

"Bila murid-murid tengok saya ketawa sampai keluar air mata, mungkin excited tengok cikgu gelak. Mereka pun gelak bersama.

"Tapi saya faham, tak ada seorang pun murid saya yang tahu apa itu ketum," jelasnya. 

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

LAPORAN BERKAITAN



Sumber : thereporter.my
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...