--> Skip to main content

SPRM Tak Tunggu Lama Cari Penguat Kuasa Lindung Peniaga Haram & Tempat Judi


Hari ini pihak SPRM memaklumkan mereka akan menyiasat semua anggota yang dipercayai memberi pelindungan kepada premis perniagaan haram dan kedai judi di sekitar Sungai Buloh.


Tindakan ini dilakukan selepas tersebarnya video pendedahan dari pemilik Hot Burger iaitu Mohd Asri.

Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM menegaskan perkara itu.

Saya sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya pada pagi ini. Beliau memaklumkan pihak JIPS akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan terbabit di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Katanya.

Bagaimanapun, beliau turut memberi ingatan kepada masyarakat agar menggunakan saluran yang betul dan tidak menghebahkan sesuatu isu itu terus melalui media sosial sehingga boleh membahayakan diri sendiri.

Tindakan ini juga membolehkan mereka yang melakukan jenayah menghapuskan segala bukti dengan cepat sehingga tidak dapat dikesan pihak berkuasa lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan isu ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...