Ohmedia yakin yang peminat muzik K-Pop negara pasti masih berasa kecewa apabila WKNDFEST VOL 1:Kpop Edition yang seharusnya diadakan pada 30 ogos 2019 terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini (setahun kemudian) atas kegagalan pihak penganjur.
Penganjur festival muzik K-Pop terbesar di rantau Asia ini iaitu World Wonder Fest Sdn Bhd tahun lalu telah membuat permohonan maaf dan mendakwa dikecewakan rakan perniagaan mereka dan turut mengakui yang pihaknya masih mentah untuk membuat penganjuran terbesar ini.
Kami adalah pengajur konsert baharu dan kami mengamanahkan sebuah syarikat yang mempunyai lebih pengalaman bagi mendapatkan barisan artis Korea Selatan yang paling bagus untuk festival julung kami. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelewatan, alasan dan kecuaian daripada rakan perniagaan kami yang tidak dapat terima. - Katanya.
We would like to deeply apologise to all of our ticket buyers, fans and performers for this postponement. We are truly sorry. pic.twitter.com/VxonQ8g3PQ— W K N D F E S T (@wkndfest) August 19, 2019
Terkini selepas 1 tahun kes ini berlangsung, syarikat pengurusan acara Livescape Group dari Malaysia telah memenangi tuntutan saman undang-undang yang bernilai USD500,000 ke atas World Wonder Fest telah melanggar kontrak perjanjian.
Untuk pengetahuan korang Livescape Group adalah syarikat yang sebelum ini telah berjaya menjalankan program berskala besar seperti Ultra Abu Dhabi 2020, Tokopedia: Running Man Keep On Running 2019, Wonda Coffe Malaysia Meal DOnations 2020 dan juga turut berjaya menganjurkan festival muzik di atas laut iaitu It's The Ship.
Jadi memang agak mustahil syarikat pengurusan yang besar seperti Livescape akan lepaskan begitu sahaja pihak yang gagal untuk mengikuti perjanjian sehingga menyebabkan peminat K-Pop tanah air terpaksa akur dengan penangguhan program ini.
Kredit: Worldofbuzz
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media