--> Skip to main content

Trofi Liga Juara-Juara Eropah Milik Bayern Munich


Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich sekali lagi dinobatkan selaku jaguh eropah selepas menewaskan PSG 1-0 pada perlawanan akhir Liga Juara- Juara Eropah yang berlangsung di Lisbon, Portugal. Ini merupakan kejuaraan keenam Bayern Munich di pentas UEFA.


Walaupun tewas, PSG tetap menampilkan aksi terbaik dan memiliki peluang untuk menjaringkan gol menerusi rembatan Neymar pada  minit ke-18. Walaubagaimanapun, aksi cemerlang yang dipamerkan oleh Manuel Neuer harus dipuji kerana berjaya mengagalkan beberapa percubaan dari pemain PSG.


Bayern juga memiliki beberapa peluang untuk menghasilkan jaringan menerusi dua percubaan dari penyerang berbisa mereka, Robert Lewandowski. Akhirnya pemain perancis, Kingsley Coman berjaya menanduk bola ke gawang PSG selepas menyempurnakan hantaran daripada Kimmich pada minit ke-59. Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.


OHMEDIA : BUAT PERTAMA KALINYA PERLWANAN AKHIR UEFA DILANGSUNGKAN TANPA PENONTON AKIBAT PENDEMIK COVID-19

+ Baca respon pembaca trofi Liga Juara-Juara eropah milik Bayern Munich di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 24 August 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...