--> Skip to main content

Tun Mahthir Lihat Parti Pejuang Semakin Mendapat Perhatian Rakyat


Baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan nama parti baharu yang diwujudkannya bagi menggantikan BERSATU iaitu Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Tun Dr Mahathir turut menyatakan kenyakinannya apabila mendakwa parti Pejuang itu semakin mendapat perhatian rakyat di negara ini dan semakin ramai yang ingin turut serta.

Parti ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia terutama bagi orang Melayu yang mahu memperjuangkan dan membenteras rasuah serta politik wang. Parti ini perlu bersih daripada rasuah dan politik wang serta mereka yang telah meninggalkan Bersatu mempunyai masa depan cerah untuk sertai Pejuang. - Katanya dengan penuh yakin.

Parti Pejuang juga sudah meletakkan seorang calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim di Slim River iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sebelum ini juga, YB Syed Saddiq tidak dilihat bersama parti Pejuang dan tidak diterima kerana beliau masih dalam siasatan kes melibatkan rasuah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang menyokong parti Pejuang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 13 August 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...